Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan terdiri daripada pelbagai
kaum seperti kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan kaum-kaum minoriti yang
lain. Setiap kaum yang terdapat di Malaysia ini mempunyai budaya masing-masing
yang telah diamalkan sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Menurut penulis blog,
Jo-Lee Yong Hui Sing, meskipun masyarakat kita terdiri daripada berbilang
bangsa dan mempunyai latar belakang yang berbeza, namun masyarakat Malaysia masih
boleh hidup bersatu padu dengan aman dan damai.
"Kepelbagaian budaya adalah sebahagian daripada warisan Malaysia dan
biar kita semua bangga dengannya," kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin ketika merasmikan sambutan Tadau Kaamatan edisi ke-17 di
Menara Tun Abdul Razak. Memang tidak boleh dinafikan bahawa kepelbagaian budaya
merupakan aset yang penting kepada negara kita. Sebagai anak Malaysia, setiap
masyarakat Malaysia amat berbangga terhadap kenyataan ini.
Oleh kerana Malaysia kaya dengan pelbagai budaya yang berlainan, setiap
rakyat Malaysia telah dididik dari kecil untuk menghormati budaya setiap kaum. Kebanyakan
rakyat Malaysia dapat saling menghormati dan bertoleransi terhadap agama, budaya
dan pantang larang kaum lain. Akan tetapi, setiap kaum mempunyai agama, budaya
dan pantang larang yang berlainan. Hal ini sering akan mengelirukan kaum lain.
Seperti yang ditunjukkan dalam berita di bawah:
Berita ini adalah mengenai seorang guru Sejarah yang bernama Fu Chong
Yoong. Untuk memudahkan pelajarnya memahami isi kandungan yang beliau ajar,
beliau telah menggunakan karikatur untuk mempersembahkan isi kandungan. Akan
tetapi, tanpa disedari tindakan beliau ini dianggap telah menghina sahabat Nabi
Muhammad SAW dan telah menyentuh sensitiviti umat
Islam. Walaupun Cikgu Fu telah membuat permohonan maaf secara terbuka, tetapi
masih terdapat pihak yang ingin mendakwa beliau.
Menurut Wikipedia, karikatur merupakan gambar atau penggambaran suatu objek
konkrit dengan cara melebih-lebihkan ciri khas objek tersebut. Perkataan
karikatur berasal dari kata Italia “caricare” yang bererti memberi muatan atau
melebih-lebihkan. Karikatur menggambarkan subjek yang dikenal dan umumnya
dimaksudkan untuk menimbulkan kelucuan bagi pihak yang mengenal subjek
tersebut.
Contoh Karikatur
Dalam pendidikan sekolah menengah, mata pelajaran Sejarah merupakan suatu
mata pelajaran yang wajib. Setiap pelajar dikehendaki menghadiri kelas ini
sejak tingkatan satu. Secara umumnya, melalui mata pelajaran Sejarah ini
pelajar dapat didedahkan tentang perkembangan Malaysia dari segi pendidikan,
pembangunan, serta perkembangan lain di negara. Akan tetapi, oleh kerana semua
isi kandungan buku teks Sejarah ditulis dengan panjang lebar, kebanyakan
pelajar menganggap mata pelajaran Sejarah merupakan suatu mata pelajaran yang
amat membosankan.
Untuk menarik minat pelajar supaya memudahkan pengajaran serta mengukuhkan
pembelajaran para pelajar, Cikgu Fu telah menggunakan cara karikatur sebagai
suatu kaedah pembelajaran. Cara karikatur digunakan kerana ciri-ciri kelucuan
akan ditambah ke dalam karikatur dan ini boleh menghilangkan perasaan bosan
pelajar semasa mempelajari mata pelajaran Sejarah dan memudahkan pelajar
memahami apa yang telah diajar. Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui temubual
Cikgu Fu. Menurut Cikgu Fu, “Niat saya hanya ingin memudahkan para pelajar
memahami apa yang diajar dan bukan untuk menimbulkan sebarang isu. Saya memang
tidak tahu perkara ini merupakan sesuatu yang sangat sensitif.”
Melalui niat asal Cikgu Fu, saya dapat mengenal pasti bahawa Cikgu Fu
merupakan seorang yang berdaya cipta dan kreatif. Menurut Syed Ismail Bin Syed
Mustapa di Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional, berdaya cipta
bermaksud mempunyai kemampuan atau kebolehan untuk mencari idea baharu atau
mencari kaedah baharu untuk melakukan penambaikan terhadap pengajaran yang
sedia ada bagi meningkatkan keberkesanannya proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada pendapat saya, tindakan Cikgu Fu menggunakan karikatur untuk mengajar
Sejarah merupakan suatu tindakan yang berdaya cipta. Penggunaan karikatur ini
telah menunjukkan bahawa Cikgu Fu merupakan seorang yang mempunyai daya cipta
yang tinggi. Ini merupakan suatu idea yang baru dan sesuai kepada pelajar pada
usia remaja. Hal ini demikian kerana melalui karikatur, pelajar boleh mendapat
satu gambaran yang jelas tentang isi pengajaran yang dibelajari oleh mereka.
Selain itu, Cikgu Fu juga merupakan seorang yang kreatif. Menurut penulis
blog, Rusmiza Rusle, kamus Webster’s (1976) telah mendefinisikan pemikiran kreatif merupakan “the
ability to bring something new existence” yang bermakna kreativiti ialah
kebolehan untuk mewujudkan sesuatu yang baru. Sebagai seorang yang kreatif,
guru boleh melakukan pengajaran dan pembelajaran dengan sesuatu cara yang unik.
Guru haruslah berfikir di luar kotak, melihat sesuatu daripada perspektif baru,
membuka minda dengan idea-idea baru, menerbitkan idea besar kepada idea-idea
yang lebih kecil, berfikir secara fleksibel dan membuat sintesis, imaginasi dan
visualisasi.
Ciri-ciri kreatif juga dapat kita lihat dari Cikgu Fu. Pada pendapat saya,
isi mata pelajaran Sejarah selalunya adalah amat rumit kerana telah melibatkan
perkara dari zaman uzur sehingga ke zaman kini. Dengan penggunaan karikatur,
idea besar dalam setiap bab dapat dikecilkan lagi. Hal ini akan mengurangkan
beban pelajar semasa belajar. Dengan melihat karikatur, mereka dapat menguasai
ilmu pengetahuan dengan lebih mudah dan di samping itu mereka dapat
memperkembangkan imaginasi dan visualisasi tersendiri.
Cikgu Fu dapat dikira sebagai seorang guru yang berkesan kerana memiliki salah
dua ciri-ciri sebagai seorang guru yang berkesan. Ciri-ciri tersebut berdaya
cipta dan kreatif. Peranan guru dalam keprofessional keguruan adalah amat
penting kerana guru merupakan arkitek pembangunan negara. Masa depan bagi
generasi muda yang sebagai tonggak negara terletak pada tangan guru. Maka,
adalah penting bagi seorang guru mempunyai ciri-ciri yang berkesan dalam
menjalankan tugas mulia ini. Guru di dalam kelas berperanan untuk membina
murid-murid yang akan menjadi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal,
patriotik dan semangat cintakan negara.
Sebagai seorang bakal guru, Cikgu Fu mempunyai serba sedikit kelebihan yang
merupakan role model kepada saya dan saya seharuslah mempelajari ciri-ciri
tersebut supaya dapat menjadi seorang guru yang berkesan. Ciri-ciri tersebut
adalah berdaya cipta dan kreatif. Pada saban hari, teknologi adalah semakin
hari semakin moden manakala pelajar pada kini juga telah mempunyai pelbagai
ilmu pengetahuan. Hal ini demikian pada era teknologi yang moden ini, pelajar
boleh mendapat pelbagai maklumat daripada internet. Guru akan menghadapi
masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana pelajar boleh mendapat
input yang lebih banyak daripada internet jika dibanding dengan proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dengan daya cipta dan kekreatifan, saya
bolehlah mencipta sesuatu cara untuk menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran supaya pelajar tidak berbosan dalam kelas.
Sebenarnya, pada pendapat saya, penggunaan karikatur adalah amat berkesan
apabila digunakan untuk mengajar sesuatu yang abstrak. Dengan menonton
karikatur, dengan mudahnya pelajar akan dapat menguasai isi pelajaran pada hari
tersebut. Akan tetapi, dalam isu ini, Cikgu Fu telah menggunakan kaedah
karikatur dalam isi pelajaran yang salah. Akibatnya, Cikgu Fu telah didakwa
kerana dalam nota ringkas mata pelajaran Sejarahnya yang berbentuk karikatur telah
mengandungi unsur yang menghina sahabat Nabi Muhammad SAW.
Hal ini akan berlaku, mungkin kerana Cikgu Fu tidak jelas dengan agama,
budaya dan pantang larang kaum lain. Dengan ini, prasangka dan penyelisihan
faham telah berlaku. Setiap kaum mempunyai pantang larangnya yang tersendiri.
Dalam negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum, kita seharusnya sering
berkomunikasi dengan rakan dari kaum lain. Dengan ini, barulah kita dapat lebih
memahaminya serba sedikit budaya dan pantang larang mereka.
Setelah membaca isu dalam berita tersebut, saya berasa Cikgu Fu seharusnya
perlu membuat peryelidikan dan merujuk buku sebelum menyediakan nota ringkas Sejarahnya.
Dengan ini, barulah dapat memastikan bahawa nota ringkas yang disediakan oleh
dia adalah mengandungi maklumat yang benar. Perkara 1 (Komitmen Kepada
Profesion) iaitu menyokong segala usaha untuk memberi pendidikan berkualiti
kepada pelajar tanpa mengira agama dan keturunan dalam Kod Etika Guru-guru
Malaysia akan dicapai.
Selain itu, isu ini telah menunjukkan bahawa Cikgu Fu bukan seorang yang
berprofessional. Hal ini demikian kerana, menurut blog Pejabat Pelajaran Daerah
Machang, kemahiran profesional bermaksud seseorang yang mempunyai kedua-dua kemahiran
dan pakar dalam bidang yang diceburinya. Seseorang yang memiliki kemahiran
profesional mampu melaksanakan tugasnya tanpa banyak masalah yang timbul. Bagi
seseorang yang profesional, dia bukan hanya mahir dalam bidang yang
diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-bidang lain.
Dalam berita ini, dapat kita lihat bahawa mata pelajaran Sejarah bukan
merupakan subjek utama yang diajar. Akan tetapi, sebagai seorang guru yang
berprofesional, Cikgu Fu haruslah mendapatkan pelbagai sumber rujukan, supaya
dapat memastikan bahawa apa yang beliau ajar adalah benar dan tepat. Dengan
ini, barulah tidak akan memudaratkan pemikiran pelajar dengan informasi yang
salah.
Fakta ini juga telah menyedari saya bahawa sebagai seorang guru, saya
haruslah sentiasa mendapatkan pelbagai input dan menimba ilmu pengetahuan yang
pelbagai. Dengan ini apabila terdapat pelajar menanya saya tentang sesuatu yang
bukan merupakan bidang saya, barulah saya dapat menjawap dengan betul.
Dalam isu ini juga, selain daripada masalah penggunaan karikatur, dapat
juga saya menyedari bahawa pemilihan isi pengajaran dan cara pengajaran akan
menjejaskan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Guru perlu
memastikan kaedah atau teknik pengajaran yang ingin diguna sebelum memulakan
pengajaran. Seperti dalam isu ini, oleh kerana kaedah karikatur adalah tidak
sesuai, Cikgu Fu boleh mengantikan kaedah karikatur ini dengan kaedah
bercerita. Dengan bercerita, Cikgu Fu juga dapat memastikan bahawa pelajar
boleh mendengar dengan teliti dan dapat memahami apa yang ingin diajar oleh
guru.
Guru merupakan teladan kepada pelajar. Bagi pelajar, guru adalah sentiasa
betul. Oleh itu, guru haruslah sentiasa menyalur ilmu pengetahuan yang betul
dan tepat kepada pelajar. Dengan ini, barulah pelajar tersebut dapat
mempelajari dengan cara yang betul. Akan tetapi dalam isu ini, Cikgu Fu telah
mengajar pelajarnya dengan cara yang salah iaitu beliau telah menghinakan sahabat
Nabi Muhammad SAW secara tidak sengaja. Pemikiran pelajar mungkin akan dijejas
akibat karikatur tersebut dan ini akan menjejaskan kehidupannya pada masa akan
datang. Pelajar mungkin akan mempunyai salah faham terhadap agama lain. Ini
merupakan suatu keadaan yang tidak digalakkan dan mungkin akan memudaratkan
kehidupan dan masa depan pelajar tersebut. Oleh itu, sebagai seorang bakal
guru, saya haruslah sentiasa mengingati diri sendiri, bahawa saya tidak boleh
mengajar sesuatu yang akan menimbulkan salah faham di kalangan murid.
Selain itu, seperti yang dikatakan di permulaan, negara kita Malaysia
terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, kita haruslah menghormati dan
memahami setiap kaum yang berlainan. Sebagai seorang pendidik, kita harus
mengajar dengan cermat apabila sesuatu topik itu melibatkan isu sensitif
seperti agama. Kita boleh memberi pendedahan kepada pelajar bahawa agama Islam
yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW merupakan agama rasmi negara. Kita
juga haruslah mengambil kesempatan untuk mengajar pelajar untuk menghormati
agama kaum lain. Dengan pengabungjalinan yang dijalankan, murid akan lebih
menghormati antara satu sama lain.
Dalam kod etika Perkara 2 (Komitmen Kepada Pelajar) iaitu mengekalkan
hubungan professional dengan pelajar sepanjang masa, guru merupakan suatu
keprofessional yang disanjung tinggi. Tingkah laku atau perbualan seseorang guru
boleh menjejaskan seseorang pelajar sepanjang hayat. Oleh itu, seseorang guru
haruslah sentiasa memastikan isi pengajaran yang ingin diajar adalah betul dan
tidak membawa kesan negatif kepada pelajar.
No comments:
Post a Comment