Semakin hari, semakin beban. Ramai guru
yang mengatakan bahawa tugas guru tidak lagi mengfokuskan kepada pengajaran dan
pembelajaran. Tetapi lebih kepada perkeranian dan pentadbiran. Ramai guru yang
mengadu bahawa semua kerja berlebihan ini telah menganggu tanggungjawab mereka
untuk mendidik pelajar.
Masalah ini merupakan satu isu yang
sering dibincangkan di kalangan guru sehingga ada guru yang mengatakan bahawa
kerjaya guru adalah sangat seksa. Tidak dapat dinafikan bahawa banyak guru
disebabkan tidak tahan dengan beban yang semakin berat telah meletak jawatan
ataupun bersara awal. Ini menunjukkan satu fenomena yang sangat serius kerana
kian lama, akan menyebabkan kekurangan guru ataupun kehilangan bakat dalam
profesion keguruan.
Megenai tentang isu yang akan
dibincangkan Berita Harian telah mengeluarkan satu artikel yang bertajuk “ Seksa
Jadi Guru ”. Menuju kepada tajuk ini menunjukkan bahawa betapa serius perkara
ini hingga menggunakan perkataan “seksa” untuk menjadi guru. Apakah yang menyebabkan
guru berasa seksa? Dalam artikel ini telah menyatakan bahawa beban tugas guru
bertambah sehingga menggangu mendidik pelajar. Terutamanya dalam tugas
pentadbiran dan perkeranian yang sangat
merunsing sehingga ramai guru yang berasa tertekan kebelakangan ini.
Terlebih
dahulu saya ingin menmbuat ulasan yang lebih lanjut tentang beban tugas
perkeranian. Pertamanya
ialah tugas guru kebajikan dan biasiswa. Saya berpendapat, semua guru, terutama
sekali guru tingkatan ialah guru kebajikan. Sebab itulah banyak hal peribadi
murid yang mengganggu pembelajaran mereka ada dalam pengetahuan guru. Ibu bapa
bercerai, ibu bapa bergaduh, ayah dibuang kerja, ibu lari dari rumah, semuanya
diadukan kepada guru. Itu tak mengapa. Jika sedikit tepukan di bahu dan
mengesat air mata murid boleh membantu mereka belajar, saya fikir tiada guru
yang merungut. Jika guru tidak mempedulikan hal ehwal pelajar yang mengenai
dengan keluarganya maka kemungkinan besar pelajar akan terjerumus dalam gejala
sosial. Kesan yang buruk akan berlaku sekiranya pelajar terlibat dalam gejala
sosial. Oleh itu, jika guru sanggup berkorban sedikit masa untuk mengambil
berat dengan pelajar sendiri maka ia boleh menggelakkan banyak perkara yang
tidak baik berlaku.
Walaupun kita boleh mengatakan
bahawa jika sanggup mengorbankan masa untuk pelajarnya maka boleh mengurangkan
gejala sosial. Tetapi tugas guru yang semakin banyak telah menyebabkan guru
tiada masa untuk berehat. Adakah guru yang masih sanggup mengorbankan masa bagi
hal ehwal keluarga pelajar? Adakah tugas perkeranian guru dikurangkan guru
dapat memberikan lebih masa kepada pelajarnya?
Tambahan pula tugas yang membebankan
guru ialah guru biasiswa. Tugasnya ialah membuat salinan borang, mengedarkan borang,
mengutip semula borang dan memastikan semua borang diisi dengan betul, termasuk
memastikan semua salinan dokumen sokongan lengkap, seperti salinan kad
pengenalan dan sebagainya. Sebelum semua ini bermula, mereka perlu mencari
murid yang miskin untuk diberi bantuan biasiswa. Ada banyak jenis biasiswa
untuk murid sekolah dan semuanya ada syarat layak yang tertentu, tetapi secara
umumnya murid yang keluarganya mempunyai pendapatan kurang daripada seribu
ringgit sebulan, layak mendapat bantuan. Guru biasiswa perlu memastikan semua
maklumat yang disikan adalah betul dan murid akan sertanya slip gaji dan
salinan kad pengenalan ibu bapa. Banyak “kerja-kerja kertas” yang diperlukan
untuk menjadi guru biasiswa.
Pada pendapat saya semua “kerja
kerja kertas” ini boleh diuruskan oleh kerani sekolah. Kadang kala saya dapati
kerani di pejabat yang terlalu senang dengan kerja mereka sering berbual bual
di pejabat. Malah, guru pula sibuk dengan biasiswa murid sehingga tiada masa
untuk bernafas. Adakah kemungkinan apabila guru mengutip semua borang biasiswa
dan kerani yang tolong usruskan semuanya. Sekiranya terdapat apa masalah boleh
terus rujuk kepada guru untuk menyelesaikannya masalah tersebut.Jika kerja ini
dapat diasingkan dengan baik, saya percaya beban guru dapat dikurangkan
sedikit. Selain itu, pekerja dipejabat dapat menyumbang tenaga mereka untuk
menolong guru mengurangkan sedikit bebanan.
Selain itu, saya berpendapat semua
pihak termasuk orang politik, kerajaan, pihak polis akan mengganggap semua masalah
sosial negara perlu diselesaikan di sekolah. memang benar boleh dikatakan
bahawa sekolah merupakan tempat mendidik, tetapi adakah setiap kali ada masalah
kita hendak buat satu persatuan atau kelab baru? Tugas guru ialah mendidik
murid membezakan apa yang salah dan apa yang betul dan kita mengajar mereka
supaya berfikir sendiri. Kita tidak boleh sebut satu-satu ‘merempit salah’,
‘hisap dadah salah’ atau ‘mencuri salah’, kerana ada terlalu banyak kerja jahat
dalam dunia ini. Kita perlu ajar murid berfikir sendiri. Jika murid dapat
berfikir sendiri maka semua masalah yang berkaitan dengan masalah sosial dapat
diselesai dan juga dapat dikurangkan. Oleh itu, apa yang penting dalam mendidik
murid sekolah ialah guru dapat mengajar murid selain daripada ilmu pengetahuan
ialah cara murid berfikir. Akhlak murid adalah sangat penting untuk pembangunan
negara.
Tetapi apabila kita menghadapi
masalah mengatasi jenayah, guru diminta membuat satu kelab antijenayah. Bila
ada masalah dadah pula, kita buat pula kelab antidadah, seolah-olah masalah
dadah bukan jenayah yang tidak boleh digabung dengan antijenayah. Kemudian kita
dapati murid kita tidak sayang kepada negara, kita buat pula kelab kenegaraan,
seolah-olah Persatuan Sejarah sudah gagal. Kita boleh buat 100 persatuan dan
kelab pun mengikut kehendak masyarakat luar, tetapi siapa yang hendak membuat
kerjanya? Mengadakan persatuan bukan semata-mata berkumpul dan membuat
aktiviti. Guru perlu menyiapkan laporan, mendaftar persatuan, mengambil gambar,
membuat perancangan tahunan. Ini semua ‘kerja-kerja kertas’. Mengapa tidak
boleh hantar pegawai polis atau pegawai dari Biro Tata Negara (BTN) datang
menguruskan persatuan ini di sekolah? Adakah lebih baik jika menghantar pihak
yang lebih professional untuk menguruskan kelab-kelab tersebut?
Guru dikehendaki mengajar di dalam kelas.
Tetapi guru juga dikehendaki meluang masa untuk menguruskan kelab-kelab yang
dikendalikan oleh mereka masing-masing. Ada sebahagian guru hanya membuat
mengikut arahan pengurusan sekolah dan tidak menguruskannya dengan baik. Oleh
itu, kelab tersebut adalah dalam keadaan “tidur”. Guru hanya menyimpan
dukumentasi untuk diperiksa oleh pihak pengurusan sekolah. Adakah ini mencapai
matlamatnya? Saya berpendapat bahawa mungkin sekolah boleh bergabung dengan
sekolah lain untuk menguruskan kelab dan persatuan. Ahli kelab akan menjadi
lebih ramai dan jikalau hendak mengadakan sebarang aktiviti akan mempunyai
tenaga murid yang lebih ramai. Kelab tersebut juga boleh bergerak dengan secara
aktif. Jadi sekolah tidak perlu mempunyai kelab “tidur” yang banyak, dan semua
“kerja-kerja kertas” dapat diuruskan dengan baik kerana kerja telah dibahagikan
oleh guru yang ramai. Mungkin dalam pelaksanaan pihak sekolah akan berasa susah
dan tidak biasa, tetapi jika sudah biasa dengan cara pelaksanaan ini, kualiti
yang dihasilkan akan menjadi lebih baik. Murid akan mendapat manfaat daripada
kelab tersebut.
Di samping itu, saya berpendapat
bahawa jika untuk menguruskan kelab dengan baik, rancangan tahun perlu dibuat
dengan baik. Mengikut pengalaman saya sewaktu praktikum, setiap kali waktu
aktiviti kelab, guru yang bertugas akan tidak tahu apa yang hendak diajar
kepada ahli kelabnya. Jadi, kebanyakan masa adalah menyanyi dan bermain
permainan kecil. Ilmu pengetahuan yang penting telah diabaikan begitu sahaja.
Ini bukan sekadar membazirkan masa guru, malah juga membazirkan masa murid.
Oleh itu, satu perancangan yang rapi bagi kelab adalah sangat penting.
Sekolah akan melantikkan satu guru
sebagai guru data. Tugas guru ini ialah merekodkan hal perjawatan guru,
misalnya, tarikh lapor diri, tarikh lantik, tarikh temuduga, tarikh sah
jawatan, tangga gaji, kursus dan sebagainya. Oleh kerana tugas merekod ini
berat, maka guru-guru Data biasanya dikurangkan waktu mengajar, kepada 12 hingga
15 waktu daripada biasanya 25-29 waktu untuk guru-guru lain. Setahu saya semua
maklumat penting dikendalikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Untuk
tujuan apakah sekolah hendak melantik guru data? Guru data ini perlu menanggung
tekanan yang banyak kerana hendak menguruskan hal perjawatan guru semua ini.
Selain daripada untuk mengajar dalam kelas, guru dikehendaki menanggung tekanan
luar ini. Ini memang susah menjadi satu perkara yang menbebankan emosi guru.
Jika seseorang guru yang tidak pandai mengendalikan emosinya akan buruk
padahnya.
Tambahan pula guru juga ialah guru
perabot. Banyak perabot yang rosak adalah di bawah tanggungjawab guru
masing-masing. Murid yang merosakkan perabot tetapi guru yang bertanggungjawab
untuk memasang balik perabot. Perabot ini termasuk kerusi, meja dan almari.
Bagi sekolah yang kekurangan kos untuk membeli perabot, pihak pengurusan akan
meminta guru menggunakan perabot lama untuk mereka cipta sendiri supaya menjadi
perabot yang baru. Adakah ini juga merupakan sebahagian daripada kerja guru?
Inikah profesion keguruan sebagai tukang kayu juga? Jika seorang guru yang
berpeluh untuk mengajar dalam kelas adakah dia berasa selesa? Maka, dalam
bidang pendidikan kebanyakkanya ialah guru wanita, mereka tidak mempunyai
tenaga yang banyak untuk membaiki perabot. Bagi guru lelaki pula, menjadi satu
beban kerana dikehendaki membaiki perabot seluruh sekolah. satu persoalan bagi
guru lelaki ialah mereka adalah guru atau tukang kayu.
Satu lagi beban yang sangat
menyakitkan kepala adalah guru tingkatan. Sebarang perkara yang baik atau tidak
adalah di bawah urusan guru tingkatan. Contohnya perkara remeh seperti guru
biasiswa hendak edar borang, suruh guru tingkatan. Sekolah hendak cuti, guru
tingkatan perlu edar surat. Guru SPBT hendak edar buku teks, guru tingkatan
perlu uruskan. Murid kemalangan, hendak mohon insurans, guru tingkatan juga
perlu uruskan. Guru Penolong Kanan kokurikulum hendak maklumat kokurikulum
murid, pun suruh guru tingkatan, bukan suruh guru persatuan atau kelab. Murid
tidak datang sekolah, guru tingkatan perlu hantar surat amaran. Kelas tak ada
penyapu, pun guru tingkatan kena belikan. Kadang-kadang kalau kelas kotor,
cikgulah yang kena menyapu walaupun sekolah ada tukang sapu swasta. Semua
perkara ini tidak termasuk lagi dengan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di
sekolah. Kalau pegang kelas baik, tak apa. Tapi kalau dapat kelas belakang,
memang guru boleh kena serangan jantung. Walaupun perkara di atas bukan perkara
yang berat, tetapi semua ini akan memakan masa guru tingkatan untuk mengajar.
Oleh itu, banyak guru yang sering membuat aduan terhadap mereka tiada masa yang
cukup untuk mengajar. Guru tingkatan terpaksa mengajar dengan secepat mungkin
untuk menghabiskan sibilus yang ditetapkan. Di sebalik pula, murid pula mengadu
guru di sekolah tidak mengajar dengan bersungguh-sungguh dan mereka terpaksa
mengambil kelas tuisyen di luar. Semua masalah yang timbul adalah teratai.
Bukan guru di sekolah tidak mahu mengajar dengan baik, mereka adalah tiada masa
yang cukup untuk mengajar dengan teliti. Siapa yang boleh berdiri di sudut guru
untuk mengeluarkan fikiran mereka? Beban-beban ini telah menyebabkan ramai guru
berasa terseksa dan tidak boleh bernafas. Mereka ingin bersara awal untuk
meninggalkan bidang pendidikan. Jika hal ini berterusan akan menyebabkan
kekurangan guru di kalangan sekolah kerana guru yang perpengalaman tidak rela
berkhidmat di bidang pendidikan.
Sekarang
ini syukurlah kita ada sistem online yang mengumpul data peribadi murid yang
kita panggil Sistem Maklumat Murid (SMM). Seorang guru dilantik menjaga SMM
ini. Jika guru data menjaga maklumat guru, guru SMM menjaga maklumat murid.
Tetapi, walaupun SMM sudah ada, guru tingkatan masih perlu mengisi kad 001. Sebarang
maklumat yang terdapat dalam SMM adalah sama dengan kkad 001. Guru perlu
bertungkus-lumus untuk mengisi kad 001 pada awal tahun dan menyimpan dengan
baik sehingga murid tamat pelajarannya. Tetapi jika guru hendak mencari
maklumat murid, murid boleh terus guru SMM secara online untuk apa lagi mengisi
kad 001? Perkara remeh seperti ini boleh dihapuskan dengan segera untuk
menolong mengurangkan beban guru adalah lebih berfaedah. Jika menggunakan
system online, sekolah tidak perlu meluangkan satu tempat untuk menyimpan kad
001 dan pihak kerajaan juga boleh menjimatkan kos. Andai kata satu kad 001
berharga RM1, dan setiap tahun mempunyai 1 juta murid yang masuk ke sekolah.
Maka, kerajaan boleh jimat RM1 juta setahun untuk kegunaan yang lain. Contohnya
boleh menambahbaikkan sistem online kementerian supaya guru boleh mengakses
dengan lebih mudah dan cepat.
Menurut Berita Harian, Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumunkan empat syor jawatan
khas yang boleh dilaksanakan segera untuk meringankan beban tugas guru pada
majlis pelancaran Sambutan Hari Guru 2010 Pringkat Kebangsaan ke – 39. Pertama,
mengurangkan bilangan jawatankuasa pada perinkat sekolah kepada yang jumlah
yang lebih wajar. Kedua, mengkaji semula bilangan peperiksaan dan ujian yang
menjadi antara punca utama menjadi pertambahan beban tugas guru. Ketiga,
menyusun semula tugas perkeranian di sekolah. Keempat, kursus yang dihadiri
oleh guru diselaraskan oleh kementerian supaya tidak berlaku pertindihan.
Walaupun Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan satu panduan yang boleh mengurangkan
tugas beban guru pada dua tahun yang lalu. Tetapi adalah masalah ini dapat
diselesaikan? Banyak guru yang mengadu bahawa KSSR yang baharu diperkenalkan
ini lagi membebankan mereka. “Kerja-kerja kertas” yang hendak dilakukan lagi
banyak dan membebankan. Walaupun KSSR yang dilaksanakan tidak memerlukan
peperiksanaan atau ujian yang banyak tetapi guru terpaksa mengulas prestasi
setiap murid pada setiap masa disamping itu perlu menggunakan rakaman atau
tangkapan gambar. Ini akan mengurangkan atau menambahkan lagi beban guru?
Banyak guru yang mengajar KSSR telah merungut dan mengadu bahawa KSSR
memberikan mereka banyak kerja sampingan dan tiada ada satu hala tuju yang
jelas dalam pemarkahan.
Selain itu, pihak NUTP pula
mencadangkan agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menambahbaik beberapa
perkara dalam proses memperkenalkan taksiran baru di sekolah. Perkara utama
adalah mewujudkan jawatan Setiausaha Peperiksaan sebagai jawatan naik pangkat,
dan mengadakan Pembantu Guru untuk
membantu menguruskan hal-hal pentaksiran di peringkat sekolah. pihak NUTP
sangat mengambil berat tentang isu ini. NUTP telah menerima banyak e-mail,
surat dan SMS daripada guru-guru yang meluahkan perasaan tidak berpuas hati
kerana tertekan dengan pelbagai tugas perkeranian sehingga tugas pengajaran dan
pembelajaran tidak terlaksana. Oleh itu, tugas beban guru memang menjadi
semakin serius dan pihak NUTP sedang mencari jalan untuk membantu untuk
mengurangkan beban.
Menurut Berita Harian dalam artikel
“ Seksa Jadi Guru ” Timbalan Perdana Menter, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
mengarahkan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas
guru yang kini terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan
perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pelajar. Jawatan khas ini
dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan
dianggotai beberapa pengawai pelajaran dan wakil Kesatuan Perkhidmatan
Kebangsaan ( NUTP ) akan mengenal pasti tahap keseriusan isu berkenaan serta
diberi tempoh dua bulan menyelesaikannya. Jawatan kuasa telah akan mengenal
pasti punca maslaah berkenaan dan memcari penanda aras yang boleh diguna pakai
bagi menyelesaikannya. Beliau turut setuju bahawa tugas guru adalah pengajaran
dan pembejaran dalam kelas, bukannya melaksanakan tugas tertentu yang
sepatutnya dilakukan oleh kerani.
Dengan janji yang dibuat oleh
Timbalan Perdana Menteri, saya percaya isu ini dapat diselesaikan dengan
secepat yang mungkin. Kita semua berharap guru boleh memberi keutamaan dalam
kerjayanya ialah mendidik anak bangsa dan bukannya beban-beban dan “
kerja-kerja kertas ” yang tidak memberikan manfaat kepada muridnya. Tetapi “
kerja-kerja kertas ” ini adalah untuk membuktikan mereka melaksanakan tugas
mereka masing-masing.
Kebanyakkan sekolah terutamanya di
bandar telah mengalami satu masalah iaitu kepadatan pelajar. Satu kelas
melebihan 40 orang pelajar. Bilangan ini memang menyebabkan guru menanggung
beban seperti kesukaran mengajar kerana tahap penguasaan yang berbeza dan
pengurusan bilik darjah yang sukar. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin
Mohd Dom berkata: “ Kerajaan perlu memikirkan langkah mengatasi masalah
kepadatan bilik darjah supaya mencapai jumlah ideal 25 pelajar, termasuk menambah
bilangan kelas di sekolah. jika dilaksanakan, kementerian perlu menambah guru.”
Memandangkan kemungkinan besar sekolah akan kekurangan guru, oleh itu beban
guru yang beban ini harus dikurangkan supaya guru boleh memberi tumpuan kepada
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Tidak dapat dinafikan bahawa guru
juga bertanggungjawab untuk membantu menguruskan pentadbiran di sekolah. Di
luar negara pun amalannya guru akademik membuat kerja pentadbiran. Tetapi
mereka hanya meluangkan sedikit masa untuk membuat urusan. Sebaliknya guru di
negara kita pula meluangkan 70%-80% untuk menguruskan kerja pentadbiran. Jika
hal ini berterusan guru tidak lagi mengajar tetapi boleh menjadi kerani yang
professional untuk menguruskan semua “kerja-kerja kertas”.
Saya percaya dengan menyelesaikan
tugas beban guru, guru boleh merasakan mereka bukan buruh “ kerja-kerja kertas
”, mereka akan lebih bekerja kuat dalam mendidik anak murid mereka. Ini secara
tidak langsungnya gejala sosiol yang ditimbul boleh dikurangkan. Guru mempunyai
masa dan tenaga yang lebih untuk memerhatikan tingkah laku murid.
Guru bukan satu mesin untuk membuat
kerja perkeranian. Jika masalah beban dapat diselesaikan maka saya yakin
profesion keguruan dapat ditingkatkan. Kementerian juga berjanji akan cuba
sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada guru dan rakyat.
No comments:
Post a Comment