Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun,
menjelang tahun 2020 negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang
benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Pendidikan
dapat melahlirkankan modal insan yang berpengetahuan tinggi, inovatif dan
kreatif untuk merealisasikan Wawasan 2020. Lantaran, bidang pendidikan amat
dititikberatkan di Malaysia. Namun dunia pendidikan memang tidak dikecualikan
dengan pelbagai isu sama ada membabitkan murid atau guru.
Antara isu pendidikan yang sering
dihebohkan adalah isu guru berkhidmat di kawasan pedalaman. Menurut berita yang
terpapar dalam laman web “ Utusan Online” pada 3 Mac 2010, Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga merupakan Menteri Pelajaran
telah menyatakan bahawa guru mungkin diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalam
antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan.
Menurut kamus dewan edisi
ketiga, perkataan pedalaman memberi maksud daerah yang jauh dan terletak di
ceruk pelosok atau hulu negeri. Maka, guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman
bermaksud seseorang guru yang berkhidmat di hulu negeri yang berjauhan dari
bandar. Sememangnya, di Malaysia terdapat beberapa
sekolah pedalaman terutamanya di negeri Sabah, Sarawak, Pahang dan Kelantan. Saya
jelas bahawa masalah kekurangan guru di kawasan pedalaman disebabkan tiada guru
yang sanggup berkhidmat di kawasan pedalaman merupakan punca utama pihak
Kementerian Pelajaran mengambil langkah sedemikian.
Sebagai seorang guru pelatih
yang bakal menamatkan pengajian pada hujung tahun ini, isu ini amat
berkaitankan dengan diri saya kerana kami akan ditempatkan di sekolah
masing-masing pada tahun depan. Walaupun dasar mewajidkan guru mengajar di
kawansan pedalaman ini belum lagi dilaksanakan, namun kami seharusnya bersiap
sedia untuk menghadapi isu ini. Justeru, kami perlu mengetahui serba sedikit
tentang isu guru berkhidmat di kawasan pedalaman supaya bersiap sedia untuk
berkhidmat di kawasan pedalaman.
Dalam
forum Utusan Malaysia pada 11 Mei 2009, seorang guru yang dikenali sebagai
Cikgu Leeza telah berkongsi pengalaman beliau berkhidmat di kawasan pedalaman. Cikgu
Leeza telah berkhidmat di kawasan pedalaman selama 10 tahun. Melalui forum
tersebut saya mendapat gambaran yang jelas tentang kesusahan yang dihadapi oleh
guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman.
Antara
kesusahan utama yang dihadapai oleh hampir kesemua guru pedalaman adalah
kemudahan harian seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih serta makanan.
Guru pedalaman sememangnya hanya bergantung kepada generator untuk mendapat
bekalan elektrik, jika generator
mengalami kerosakan maka mereka
hanya bergantung kepada lilin untuk bergerak pada waktu malam. Bagi
bekalan air yang bersih pula, mereka hanya bergantung kepada air sungai atau
air bukit. Kesusahan sebegini memang perkara biasa yang akan dihadapi oleh guru
yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Berdasarkan perkongsian Cikgu Leeza,
sesetengah guru pedalaman juga susah mendapatkan bekalan makanan segar, mereka
hanya bergantung kepada makanan tin untuk mengisi perut.
Sistem
pengangkutan turut merupakan salah satu kesusahan yang sering dihadapi oleh
guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Sesetengah guru dan murid di kawasan
pedalaman menggunakan pengangkutan air atau berjalan kaki untuk sampai ke
sekolah. Hal ini menyebabkan mereka
lebih terdedah kepada bahaya. Guru pedalaman juga menghadapi masalah
pengangkutan untuk pergi ke Bandar untuk
urusan bank dan pembayaran bil dan sebagainya. Mengikut Cikgu Leesa, terdapat
sesetangah sekolah pedalaman di mana jarak antara bandar memakan masa yang
panjang menyebabkan guru pedalaman terpaksa meminta pertolongan kawan di bandar
untuk menguruskan hal-hal urusan seperti yang dinyatakan.
Sebuah berita
bertajuk “Ustazah ditemui mati separuh
bogel, mati dicekik” yang terpapar pada Utusan Malaysia pada 10 Mei 2007 telah
membangkitkan isu keselamatan guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman.
Menurut laporan berita tersebut utazah ditemui mati dalam keadaan separuh bogel
di sebuah anak sungai terpencil berhampiran kawasan Perindustrian Bleteh.
Utazah tersebut baru berkhidmat di sekolah pedalaman selama 4 bulan. Sememangnya
isu keselamatan adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh guru pedalaman
terutamanya bagi guru perempuan yang di tempatkan di kawasan pedalaman dan
sering berseorangan.
Merujuk
kepada majalah internet NUTP yang bertarikh 8 Mac, Setiausaha Agung kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Lok Yim Pheng telah menyatakan bahawa guru yang ditempatkan mengajar di
kawasan pedalaman akan dilupakan dan dibiarkan di situ selama bertahun-tahun
lamanya. Melalui pernyataan berikut, saya jelas bahawa sesetengah guru
pedalaman enghadapi masalah terkandas dalam sekolah pedalaman selama berpuluh
tahun selepas ditempat untuk berkhidamt di kawasan pedalaman. Apabila
guru pedalaman memohon untuk
bertukar ke kawasan bandar, pelbagai alasan selalu diberikan oleh pihak
berkenaan terutama tiada kekosongan di tempat yang diminta.
Bak kata
pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Walaupun pelbagai masalah akan
dihadapi oleh guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman tetapi demi mendidik
generasi muda yang merupakan tonggak kepada negara, maka pelbagai pihak berganding bahu menangani masalah tersebut.
Kerajaan teah mengambil pelbagai langkah untuk menyelesai isu perguruan di
kawasan pedalaman.
Antara
langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mendorong guru berkhidmat di
kawasan pedalaman adalah memberi elaun tambahan dan pemberian insentif lain. Melalui laman web
rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, terdapat satu petikan telah menyatakan
dengan jelas tentang elaun yang diberi kepada guru pedalaman. Pihak kerajaan
telah memberi dua elaun iaitu Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan
(EKMLTK) serta Elaun Balik Kampung (EBK) kepada setiap guru yang berkhidmat di
sekolah pedalaman.
Mengikut pernyataan tersebut, selain
daripada elaun tambahan yang dijelaskan
seperti di atas, pengalaman berkhismat di sekolah pedalaman juga akan diambil
kira dalam pertimbangan untuk kenaikan pangkat dan pemberian insentif lain,
termasuk tawaran biasiswa melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.
Langkah pemberian elaun tambahan dan insentif ini adalah sebagai dorongan
supaya lebih ramai guru rela untuk
berkhidmat di kawasan pedalaman bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru di
sekolah pedalaman. Ia juga merupakan tanda penghargaan kerajaan terhadap
pengorbanan jasa guru pedalaman.
Semasa
berkongsi pengalaman beliau berkhidmat di sekolah pengalaman, Cikgu Leeza telah
mengemukan isu keselamatan yang perlu dipertimbangkan terhadap guru pedalaman.
Beliau juga mengemukakan cadangan kepada Menteri Pelajaran iaitu Tan Sru
Muhyiddin Yassin supaya pembelian insurans percuma kepada guru-guru pedalaman.
Pembelian insuran ini dapat memberi jaminan kepada guru dan juga ahli keluarga
guru jika berlakunya sebarang kemalangan. Dengan jaminan ini, guru dapat
berkhidmat dengan lebih bersungguh-sungguh tanpa berasa risau akan kesan jika
berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini .
Dalam
petikan yang terkandung dalam web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan “Dalam menyediakan kemudahan dan kebajikan guru di
pedalaman, sejumlah 116 projek bekalan air bersih di Sabah serta 211
projek di Sarawak sudah siap dilaksanakan dan 16 projek asrama pula dalam
pembinaan dijangka siap akhir tahun ini. Sehubungan dengan itu sejumlah
841 unit dan 414 projek rumah dibangunkan dalam tempoh PIPP
2006-2010. Dalam projek NKRA dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian
(MKRA) Kerajaan juga sedang berusaha membina rumah guru bagi memastikan
guru di sekolah yang daif dan tidak selamat dapat menjalankan tugas dengan
selesa. ” Melalui pernyataan ini jelas bahawa pelbagai usaha telah dilakukan
oleh kerajaan untuk meningkat kemudahan
asas untuk guru pedalaman.
Mengikut Hieraki Keperluan Maslow,
manusia didorong oleh keperluan yang rendah terlebih dahulu sebelum dapat
meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Antara keperluan mengikut hieraki adalah
Keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan
keperlua kesempurnaan kendiri. Maka amat
jelas bahawa sebelum seseorang guru dapat menyumbangkan sepenuh jasa dalam
bidang pendidikan, beliau perlu memenuhi keperluan fisiologi, keselamatan
terlebih dahulu. Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah yang mengambil
langkah yang bernas bagi memastikan kemudahan asa seperti kuartes, bekalan
elektrik, bekalan air dan bekalan makanan adalah mencukupi bagi setiap guru
pedalaman .
Selain itu, kerajaan juga perlu
mempertimbangkan perasaan guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Mereka
juga mempunya ahli keluarga yang tersayang di Bandar. Setelah berkhidmat selama
beberapa tahun di kawasan pedalaman, kerajaan haruslah membenarkan guru berkenaan memohon balik ke bandar dan
mengagih guru yang baru untuk menggantikan tempat kekosongan tersebut. Dalam
majalah online NUTP, pihak NUTP mengharapkan Kementerian Pelajaran merumuskan
sistem giliran yang adil dan saksama supaya setiap guru mempunyai peluang untuk
mengajar di kawasan pedalaman. Guru juga
diharapkan untuk dipindahkan selepas
berkhidmat di kawasan pedalaman selama dua hingga tiga tahun. Langkah ini
adalah penting supaya guru juga berharapan untuk bertukar ke kawasan bandar dan
tidak terkandas di kawasan pedalaman berpuluh-puluh tahun. Hal ini akan
menyenangkan hati guru dan mereka melaksanaankan tugas dan tanggungjawab dengan
penuh minat.
Perkongsian pengalaman oleh guru
berpengalaman atau pensyarah kepada guru pelatih yang bakal menamatkan
pengajian seperti saya juga amat penting untuk mendorong lebih banyak guru rela
ditempatkan di kawasan pedalaman. Perkongsian pengalaman dapat memberi gambaran
yang nyata kepada kepada bakal guru tentang situasi sebenar mengajar di
pedalaman. Contohnya, semasa dalam kelas subjek Pendidikan, pensyarah
memaparkan video tentang temu bual antara wartawan dengan guru pedalaman dan
juga sedikit tayangan tentang kehidupan guru pedalaman dapat meningkatkan
kesedaran bakal guru tentang isu penempatan guru di kawasan pedalaman. Dalam
masa yan sama pensyarah berkongsi pengalaman yang gembira dan menyentuh hati,
secara tidak langsung dapat menarik minat guru pelatih untuk berkhidmat di
kawasan pelaman.
Sebenarnya, saya amat bersetuju dengan
cadangan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk mewajibkan setiap guru
berkhidmat di kawasan pedalam antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh
perkhidmatan. Kami harus mencontohi
usaha yang dilakukan oleh guru di Sekolah Kebangsan Rumah Barrau. Mengikut
laporan pada Berita Harian, guru di SK Rumah Barrau tidak menjadikan pedalaman
sebagai penghalang menjalankan tanggungjawab malah pelbagai usaha dilakukan
bagi meningkatkan mutu pendidikan sekolah.
Sememangnya, berkhidmat di kawasan
pedalaman merupakan satu tugasan yang penuh dengan pelbagai cabaran. Namun
pelbagai pihak telah berganding bahu menyelesaikan masalah berkenaan demi
memastikan anak murid pedalaman turut mendapat pendidikan. Maka sebagai seorang
guru kita harus bagaikan lilin yang membarkar diri demi mencerahkan masa depan
anak murid.
Dalam berita yang terpapar dalam Berita harian, Timbalan Menteri
Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata peranan guru membentuk insan
berkualiti berpaksikan tiga fokus iaitu memberi ilmu, mendidik dan
membimbing. Justeru itu, katanya, ketika menerima amanah mengajar, mereka
harus sedia berkorban dan sanggup berkhidmat di mana saja termasuk di
pedalaman.
Keguruan adalah satu jawatan profesioal
maka sebagai guru yang professional, kita perlu melaksanakan kerjaya dengan
sepenuh hati. Bagi memenuhi ciri guru sebagai prosefional, kita perlu memiliki
sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban
masa dan tenaga. Dengan pernyataan ini amat jelas, walau pun situasi di kawasan
pedalaman sangan mencabarkan emosi dan minda guru, namun murid-murid pedalaman
juaga memerlukan pendidikan yang berkualiti dan mendapatkan khidmat guru
terlatih yang berpengalaman. Maka setiap guru perlu sanggup berkhidmat di
kawasan pedalaman dengan rela hati.
Perkara 4 dalam kod etika guru-guru
Malaysia menyatakan komitmen kepada
pihak pengurusan. Dalam konteks ini guru-guru akan menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan
secara berpatutuan demi kepentingan Profesional Perguruan. Semasa melaksanakan
sebarang tugasan guru sentiasa memelihara kpentingan awam tanpa mengambil
peluang untuk kepentingan sendiri. Maka
demi kepentingan murid-murid di sekolah pedalaman guru sepatutnya mengorbankan
diri untuk berkhidmat di kawasan pedalaman seperti yang telah diamanahkan
dengan penuh keikhlasan .
Kerajaan telah menyediakan dan
melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN) dengan fokus utama untuk menanam
dan memupuk budaya etika dan integrity dalam kalangan semua lapisan masyarakat
Malaysia. Salah satu sasaran PIN adalah mengurangkan gejala rasuah,
penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan. Dalam isu guru pedalaman
ini, guru harus mengelakkan diri daripada terlibat dengan kejadian rasuah dalam
proses penempatan sekolah. Sememangnya, tedapat segelintir guru yang
menggunakan cara rasuah untuk memastikan
dirinya tidak ditempatkan di kawasan pedalaman. Sebagai guru kita harus
melaksanakan tugas dengan amanah dan telus, maka kita harus mengelakkan diri
daripada kegiatan rasuah ini. Setiap guru haruslah mendapat penempatan melalui
proses sistem pengagihan yang adil dan saksaman.
Menurut penjelasan tentang perkataan
akuanbiliti dalam buku “Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional” bermaksud
sesuatu kerja, tugas, janji dan lain-lain
yang mesti dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Sebagai seorang
guru, kita perlu mempunyai akaunbiliti terhadap murid, terhadap ibu bapa,
terhadap masyarakat dan negara serta akaunbiliti terhadap rakan sejawat dan
professional. Dalam isu guru pedalaman, akaunbiliti terhadap murid diperlukan.
Berdasarkan akaunbiliti terhadap murid, setiap guru perlu lebih mengutamakan
kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. Oleh
yang demikian, demi memastikan murid di kawasan tidak terpinggir daripada
peluang pendidikan, kami sebagai guru seharusnya sanggup mengorban diri untuk
berkhidmat di kawasan pedalaman. Guru tidak seharusnya mengelakkan diri
daripada berkhidmat di kawasan pedalaman hanya demi kepentingan diri sendiri.
Sebagai
makluman kepada setiap guru, berkhidmat di kawasan pedalaman merupakan satu
perkara yang amat mulia. Walaupun akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan,
kami perlu menabahkan hati terus berkhidmat demi mendidik anak bangsa Malaysia.
Bagi berkhidmat di kawasan pedalaman, sesorang guru harus bersedia dari segi
fizikal dan mental.
Seperti
yang disebut di atas, perjalanan guru ke sekolah pedalaman adalah sangat lasak.
Guru berkemungkinan di kehendaki berjalan pada jalan yang berbukit atau jalan
tanah liat untuk sampai ke sekolah. Maka guru pedalaman haruslah mempunyai
badan yang sihat dan kuat. Sebagai langkah persediaan untuk berkhidmat di
kawasan pedalaman, kami sebagai bakal guru haruslah mengamalkan daya hidup
sihat dengan memakanan yang seimbang dan selalu bersenam untuk menjamin
kesihatan. Dengan keadaan fizikal yang cergas, barulah kami dapat mengharungi
segala cabaran yang bakal di hadapi.
Semasa mengikuti program ijazah sarjana
muda perguruan di institute perguruan, kami diwajibkan untuk mengambil subjek
Pendidikan Jasmani dan kami juga diwajibkan untuk menyetai aktiviti gerko. Selain
mendapat pengetahuan tentang cara pengajaran Pendidikan Jasmani dan juga cara
melatih pemain di sekolah. Melalui kelas subjek Pendidikan Jasmani dan aktivit
Gerko, bakal guru seperti kami mempunyai peluang untuk melatih kekuatan
fizikal. Justeru, setiap guru pelatih harus menghargai peluang tersebut dan
membuat latihan secara bersungguh-sungguh sebagau persediaan fizikal untuk
berkhidmat di kawasan pedalaman.
Selain persediaan dari segi fizikal,
kami juga perlu membuat persediaan dari segi mental untuk berkhidmat di sekolah
pedalaman. Sememangnya berkhidmat di kawasan pedalaman tidak seperti di kawasan
Bandar. Di sana, kami perlu bersyukur jika di bekalkan kemudahan asa yang
lengkap, tanpa mengharapkan penghawa dingin, television, komputer dan lain-lain.
Tambahan pula, sesetengah kawasan pedalaman tidak dilengkapi dengan kemudahan
asas tersebut maka guru harus mempunyai kesabaran dan ketabahan yang tinggi
untuk mengharungi cabaran-cabaran sebegini. Sikap sabar diperlukan ada pada
setiap guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Walaupun betapa susahnya
persekitaran, guru harus tabah hati dan bersabat, faktor persekitaran sebegini
tidak seharusnya mengalahkan keazaman guru untuk mendidik anak murid pedalaman.
Jika kami ditempatkan untuk berkhidmat
di kawasan pedalaman, sebagai bakal guru haruslah menerima dengan hati terbuka.
Pelbagai pengalaman yang dapat meningkatkan kemahiran diri akan dipelajari jika
berkhidmat di kawasan pedalaman. Namun,
sudah tentu terdapat pelbezaan dari segi budaya di kawasan pedalaman. Bak kata
pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Maka guru haruslah
dapat menyesuaikan diri dengan budaya tempatan semasa berkhidmat di kawasan
pedalaman. Semasa mengikuti program latihan, kami juga terdedah kepada konsep
kepelbagai budaya melalui subjek Pendidikan, jadi kami mengetahui serba sedikit
tentang budaya kaum lain dan juga orang asli. Justeru kami seharusnya dapat
menyesuaikan diri dengan budaya kawasan pedalaman dalam tempoh yang singkat.
Generasi
muda merupakan tunggak kepada negara. Guru memikul tanggungjawab dan amanah
untuk mendidik generasi muda supaya menjadi pewaris negara yang berketrampilan.
Sebagai kesimpulan, guru harus mendidik anak murid dengan adil dan sakama tanpa
mengira kuam, bangsa serta tidak mengira penempatan. Maka setiap guru perlulah
menerima penempatan berkhidmat di kawasan pedalaman dengan hati terbuka.
tahniah see yen fang.......... selamat maju jaya
ReplyDelete