Sunday, 2 September 2012

Guru Diwajibkan Berkhidmat Di Pedalaman - See Yen Fang


          Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun, menjelang tahun 2020 negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Pendidikan dapat melahlirkankan modal insan yang berpengetahuan tinggi, inovatif dan kreatif untuk merealisasikan Wawasan 2020. Lantaran, bidang pendidikan amat dititikberatkan di Malaysia. Namun dunia pendidikan memang tidak dikecualikan dengan pelbagai isu sama ada membabitkan murid atau guru.

Antara isu pendidikan yang sering dihebohkan adalah isu guru berkhidmat di kawasan pedalaman. Menurut berita yang terpapar dalam laman web “ Utusan Online” pada 3 Mac 2010, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga merupakan Menteri Pelajaran telah menyatakan bahawa guru mungkin diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalam antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan.


Menurut kamus dewan edisi ketiga, perkataan pedalaman memberi maksud daerah yang jauh dan terletak di ceruk pelosok atau hulu negeri. Maka, guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman bermaksud seseorang guru yang berkhidmat di hulu negeri yang berjauhan dari bandar. Sememangnya, di Malaysia terdapat beberapa sekolah pedalaman terutamanya di negeri Sabah, Sarawak, Pahang dan Kelantan. Saya jelas bahawa masalah kekurangan guru di kawasan pedalaman disebabkan tiada guru yang sanggup berkhidmat di kawasan pedalaman merupakan punca utama pihak Kementerian Pelajaran mengambil langkah sedemikian.  

Sebagai seorang guru pelatih yang bakal menamatkan pengajian pada hujung tahun ini, isu ini amat berkaitankan dengan diri saya kerana kami akan ditempatkan di sekolah masing-masing pada tahun depan. Walaupun dasar mewajidkan guru mengajar di kawansan pedalaman ini belum lagi dilaksanakan, namun kami seharusnya bersiap sedia untuk menghadapi isu ini. Justeru, kami perlu mengetahui serba sedikit tentang isu guru berkhidmat di kawasan pedalaman supaya bersiap sedia untuk berkhidmat di kawasan pedalaman.

            Dalam forum Utusan Malaysia pada 11 Mei 2009, seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Leeza telah berkongsi pengalaman beliau berkhidmat di kawasan pedalaman. Cikgu Leeza telah berkhidmat di kawasan pedalaman selama 10 tahun. Melalui forum tersebut saya mendapat gambaran yang jelas tentang kesusahan yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman.

            Antara kesusahan utama yang dihadapai oleh hampir kesemua guru pedalaman adalah kemudahan harian seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih serta makanan. Guru pedalaman sememangnya hanya bergantung kepada generator untuk mendapat bekalan elektrik, jika generator  mengalami kerosakan maka mereka  hanya bergantung kepada lilin untuk bergerak pada waktu malam. Bagi bekalan air yang bersih pula, mereka hanya bergantung kepada air sungai atau air bukit. Kesusahan sebegini memang perkara biasa yang akan dihadapi oleh guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Berdasarkan perkongsian Cikgu Leeza, sesetengah guru pedalaman juga susah mendapatkan bekalan makanan segar, mereka hanya bergantung kepada makanan tin untuk mengisi perut.

            Sistem pengangkutan turut merupakan salah satu kesusahan yang sering dihadapi oleh guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Sesetengah guru dan murid di kawasan pedalaman menggunakan pengangkutan air atau berjalan kaki untuk sampai ke sekolah.  Hal ini menyebabkan mereka lebih terdedah kepada bahaya. Guru pedalaman juga menghadapi masalah pengangkutan untuk pergi ke Bandar  untuk urusan bank dan pembayaran bil dan sebagainya. Mengikut Cikgu Leesa, terdapat sesetangah sekolah pedalaman di mana jarak antara bandar memakan masa yang panjang menyebabkan guru pedalaman terpaksa meminta pertolongan kawan di bandar untuk menguruskan hal-hal urusan seperti yang dinyatakan.


            Sebuah berita bertajuk “Ustazah  ditemui mati separuh bogel, mati dicekik” yang terpapar pada Utusan Malaysia pada 10 Mei 2007 telah membangkitkan isu keselamatan guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Menurut laporan berita tersebut utazah ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di sebuah anak sungai terpencil berhampiran kawasan Perindustrian Bleteh. Utazah tersebut baru berkhidmat di sekolah pedalaman selama 4 bulan. Sememangnya isu keselamatan adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh guru pedalaman terutamanya bagi guru perempuan yang di tempatkan di kawasan pedalaman dan sering berseorangan.

            Merujuk kepada majalah internet NUTP yang bertarikh 8 Mac, Setiausaha Agung kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Lok Yim Pheng telah menyatakan   bahawa guru yang ditempatkan mengajar di kawasan pedalaman akan dilupakan dan dibiarkan di situ selama bertahun-tahun lamanya. Melalui pernyataan berikut, saya jelas bahawa sesetengah guru pedalaman enghadapi masalah terkandas dalam sekolah pedalaman selama berpuluh tahun selepas ditempat untuk berkhidamt di kawasan pedalaman.  Apabila  guru pedalaman  memohon untuk bertukar ke kawasan bandar, pelbagai alasan selalu diberikan oleh pihak berkenaan terutama tiada kekosongan di tempat yang diminta.

            Bak kata pepatah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Walaupun pelbagai masalah akan dihadapi oleh guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman tetapi demi mendidik generasi muda yang merupakan tonggak kepada negara, maka pelbagai pihak  berganding bahu menangani masalah tersebut. Kerajaan teah mengambil pelbagai langkah untuk menyelesai isu perguruan di kawasan pedalaman.

            Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk mendorong guru berkhidmat di kawasan pedalaman adalah memberi elaun tambahan dan  pemberian insentif lain. Melalui laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, terdapat satu petikan telah menyatakan dengan jelas tentang elaun yang diberi kepada guru pedalaman. Pihak kerajaan telah memberi dua elaun iaitu Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) serta Elaun Balik Kampung (EBK) kepada setiap guru yang berkhidmat di sekolah pedalaman.

Mengikut pernyataan tersebut, selain daripada  elaun tambahan yang dijelaskan seperti di atas, pengalaman berkhismat di sekolah pedalaman juga akan diambil kira dalam pertimbangan untuk kenaikan pangkat dan pemberian insentif lain, termasuk tawaran biasiswa melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Langkah pemberian elaun tambahan dan insentif ini adalah sebagai dorongan supaya lebih ramai guru  rela untuk berkhidmat di kawasan pedalaman bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru di sekolah pedalaman. Ia juga merupakan tanda penghargaan kerajaan terhadap pengorbanan jasa guru pedalaman.

            Semasa berkongsi pengalaman beliau berkhidmat di sekolah pengalaman, Cikgu Leeza telah mengemukan isu keselamatan yang perlu dipertimbangkan terhadap guru pedalaman. Beliau juga mengemukakan cadangan kepada Menteri Pelajaran iaitu Tan Sru Muhyiddin Yassin supaya pembelian insurans percuma kepada guru-guru pedalaman. Pembelian insuran ini dapat memberi jaminan kepada guru dan juga ahli keluarga guru jika berlakunya sebarang kemalangan. Dengan jaminan ini, guru dapat berkhidmat dengan lebih bersungguh-sungguh tanpa berasa risau akan kesan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini .

            Dalam petikan yang terkandung dalam web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia  menyatakan “Dalam menyediakan kemudahan dan kebajikan guru di pedalaman, sejumlah 116 projek bekalan air bersih di Sabah serta 211 projek di Sarawak sudah siap dilaksanakan dan 16 projek asrama pula dalam pembinaan dijangka siap akhir tahun ini. Sehubungan dengan itu sejumlah 841 unit dan 414 projek rumah dibangunkan dalam tempoh PIPP 2006-2010. Dalam projek NKRA dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) Kerajaan juga sedang berusaha membina rumah guru bagi memastikan guru di sekolah yang daif dan tidak selamat dapat menjalankan tugas dengan selesa. ” Melalui pernyataan ini jelas bahawa pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk meningkat  kemudahan asas untuk guru pedalaman.

Mengikut Hieraki Keperluan Maslow, manusia didorong oleh keperluan yang rendah terlebih dahulu sebelum dapat meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Antara keperluan mengikut hieraki adalah Keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan keperlua kesempurnaan kendiri.  Maka amat jelas bahawa sebelum seseorang guru dapat menyumbangkan sepenuh jasa dalam bidang pendidikan, beliau perlu memenuhi keperluan fisiologi, keselamatan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, pihak kerajaan telah yang mengambil langkah yang bernas bagi memastikan kemudahan asa seperti kuartes, bekalan elektrik, bekalan air dan bekalan makanan adalah mencukupi bagi setiap guru pedalaman . 

Selain itu, kerajaan juga perlu mempertimbangkan perasaan guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Mereka juga mempunya ahli keluarga yang tersayang di Bandar. Setelah berkhidmat selama beberapa tahun di kawasan pedalaman, kerajaan haruslah membenarkan  guru berkenaan memohon balik ke bandar dan mengagih guru yang baru untuk menggantikan tempat kekosongan tersebut. Dalam majalah online NUTP, pihak NUTP mengharapkan Kementerian Pelajaran merumuskan sistem giliran yang adil dan saksama supaya setiap guru mempunyai peluang untuk mengajar  di kawasan pedalaman. Guru juga diharapkan untuk  dipindahkan selepas berkhidmat di kawasan pedalaman selama dua hingga tiga tahun. Langkah ini adalah penting supaya guru juga berharapan untuk bertukar ke kawasan bandar dan tidak terkandas di kawasan pedalaman berpuluh-puluh tahun. Hal ini akan menyenangkan hati guru dan mereka melaksanaankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh minat.

Perkongsian pengalaman oleh guru berpengalaman atau pensyarah kepada guru pelatih yang bakal menamatkan pengajian seperti saya juga amat penting untuk mendorong lebih banyak guru rela ditempatkan di kawasan pedalaman. Perkongsian pengalaman dapat memberi gambaran yang nyata kepada kepada bakal guru tentang situasi sebenar mengajar di pedalaman. Contohnya, semasa dalam kelas subjek Pendidikan, pensyarah memaparkan video tentang temu bual antara wartawan dengan guru pedalaman dan juga sedikit tayangan tentang kehidupan guru pedalaman dapat meningkatkan kesedaran bakal guru tentang isu penempatan guru di kawasan pedalaman. Dalam masa yan sama pensyarah berkongsi pengalaman yang gembira dan menyentuh hati, secara tidak langsung dapat menarik minat guru pelatih untuk berkhidmat di kawasan pelaman.

Sebenarnya, saya amat bersetuju dengan cadangan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk mewajibkan setiap guru berkhidmat di kawasan pedalam antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan.  Kami harus mencontohi usaha yang dilakukan oleh guru di Sekolah Kebangsan Rumah Barrau. Mengikut laporan pada Berita Harian, guru di SK Rumah Barrau tidak menjadikan pedalaman sebagai penghalang menjalankan tanggungjawab malah pelbagai usaha dilakukan bagi meningkatkan mutu pendidikan sekolah.

Sememangnya, berkhidmat di kawasan pedalaman merupakan satu tugasan yang penuh dengan pelbagai cabaran. Namun pelbagai pihak telah berganding bahu menyelesaikan masalah berkenaan demi memastikan anak murid pedalaman turut mendapat pendidikan. Maka sebagai seorang guru kita harus bagaikan lilin yang membarkar diri demi mencerahkan masa depan anak murid.

Dalam berita yang terpapar dalam Berita harian, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata peranan guru membentuk insan berkualiti berpaksikan tiga fokus iaitu memberi ilmu, mendidik dan membimbing. Justeru itu, katanya, ketika menerima amanah mengajar, mereka harus sedia berkorban dan sanggup berkhidmat di mana saja termasuk di pedalaman. 

Keguruan adalah satu jawatan profesioal maka sebagai guru yang professional, kita perlu melaksanakan kerjaya dengan sepenuh hati. Bagi memenuhi ciri guru sebagai prosefional, kita perlu memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga. Dengan pernyataan ini amat jelas, walau pun situasi di kawasan pedalaman sangan mencabarkan emosi dan minda guru, namun murid-murid pedalaman juaga memerlukan pendidikan yang berkualiti dan mendapatkan khidmat guru terlatih yang berpengalaman. Maka setiap guru perlu sanggup berkhidmat di kawasan pedalaman dengan rela hati.

Perkara 4 dalam kod etika guru-guru Malaysia menyatakan  komitmen kepada pihak pengurusan. Dalam konteks ini guru-guru akan menjalankan tugas  seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan secara berpatutuan demi kepentingan Profesional Perguruan. Semasa melaksanakan sebarang tugasan guru sentiasa memelihara kpentingan awam tanpa mengambil peluang untuk kepentingan sendiri.  Maka demi kepentingan murid-murid di sekolah pedalaman guru sepatutnya mengorbankan diri untuk berkhidmat di kawasan pedalaman seperti yang telah diamanahkan dengan penuh keikhlasan .

Kerajaan telah menyediakan dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN) dengan fokus utama untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integrity dalam kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Salah satu sasaran PIN adalah mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan. Dalam isu guru pedalaman ini, guru harus mengelakkan diri daripada terlibat dengan kejadian rasuah dalam proses penempatan sekolah. Sememangnya, tedapat segelintir guru yang menggunakan  cara rasuah untuk memastikan dirinya tidak ditempatkan di kawasan pedalaman. Sebagai guru kita harus melaksanakan tugas dengan amanah dan telus, maka kita harus mengelakkan diri daripada kegiatan rasuah ini. Setiap guru haruslah mendapat penempatan melalui proses sistem pengagihan yang adil dan saksaman.  

Menurut penjelasan tentang perkataan akuanbiliti dalam buku “Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional” bermaksud sesuatu kerja, tugas, janji dan lain-lain  yang mesti dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Sebagai seorang guru, kita perlu mempunyai akaunbiliti terhadap murid, terhadap ibu bapa, terhadap masyarakat dan negara serta akaunbiliti terhadap rakan sejawat dan professional. Dalam isu guru pedalaman, akaunbiliti terhadap murid diperlukan. Berdasarkan akaunbiliti terhadap murid, setiap guru perlu lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain.   Oleh yang demikian, demi memastikan murid di kawasan tidak terpinggir daripada peluang pendidikan, kami sebagai guru seharusnya sanggup mengorban diri untuk berkhidmat di kawasan pedalaman. Guru tidak seharusnya mengelakkan diri daripada berkhidmat di kawasan pedalaman hanya demi kepentingan diri sendiri.

           Sebagai makluman kepada setiap guru, berkhidmat di kawasan pedalaman merupakan satu perkara yang amat mulia. Walaupun akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan, kami perlu menabahkan hati terus berkhidmat demi mendidik anak bangsa Malaysia. Bagi berkhidmat di kawasan pedalaman, sesorang guru harus bersedia dari segi fizikal dan mental.

          Seperti yang disebut di atas, perjalanan guru ke sekolah pedalaman adalah sangat lasak. Guru berkemungkinan di kehendaki berjalan pada jalan yang berbukit atau jalan tanah liat untuk sampai ke sekolah. Maka guru pedalaman haruslah mempunyai badan yang sihat dan kuat. Sebagai langkah persediaan untuk berkhidmat di kawasan pedalaman, kami sebagai bakal guru haruslah mengamalkan daya hidup sihat dengan memakanan yang seimbang dan selalu bersenam untuk menjamin kesihatan. Dengan keadaan fizikal yang cergas, barulah kami dapat mengharungi segala cabaran yang bakal di hadapi.

Semasa mengikuti program ijazah sarjana muda perguruan di institute perguruan, kami diwajibkan untuk mengambil subjek Pendidikan Jasmani dan kami juga diwajibkan untuk menyetai aktiviti gerko. Selain mendapat pengetahuan tentang cara pengajaran Pendidikan Jasmani dan juga cara melatih pemain di sekolah. Melalui kelas subjek Pendidikan Jasmani dan aktivit Gerko, bakal guru seperti kami mempunyai peluang untuk melatih kekuatan fizikal. Justeru, setiap guru pelatih harus menghargai peluang tersebut dan membuat latihan secara bersungguh-sungguh sebagau persediaan fizikal untuk berkhidmat di kawasan pedalaman.

Selain persediaan dari segi fizikal, kami juga perlu membuat persediaan dari segi mental untuk berkhidmat di sekolah pedalaman. Sememangnya berkhidmat di kawasan pedalaman tidak seperti di kawasan Bandar. Di sana, kami perlu bersyukur jika di bekalkan kemudahan asa yang lengkap, tanpa mengharapkan penghawa dingin, television, komputer dan lain-lain. Tambahan pula, sesetengah kawasan pedalaman tidak dilengkapi dengan kemudahan asas tersebut maka guru harus mempunyai kesabaran dan ketabahan yang tinggi untuk mengharungi cabaran-cabaran sebegini. Sikap sabar diperlukan ada pada setiap guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. Walaupun betapa susahnya persekitaran, guru harus tabah hati dan bersabat, faktor persekitaran sebegini tidak seharusnya mengalahkan keazaman guru untuk mendidik anak murid pedalaman.

Jika kami ditempatkan untuk berkhidmat di kawasan pedalaman, sebagai bakal guru haruslah menerima dengan hati terbuka. Pelbagai pengalaman yang dapat meningkatkan kemahiran diri akan dipelajari jika berkhidmat  di kawasan pedalaman. Namun, sudah tentu terdapat pelbezaan dari segi budaya di kawasan pedalaman. Bak kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Maka guru haruslah dapat menyesuaikan diri dengan budaya tempatan semasa berkhidmat di kawasan pedalaman. Semasa mengikuti program latihan, kami juga terdedah kepada konsep kepelbagai budaya melalui subjek Pendidikan, jadi kami mengetahui serba sedikit tentang budaya kaum lain dan juga orang asli. Justeru kami seharusnya dapat menyesuaikan diri dengan budaya kawasan pedalaman dalam tempoh yang singkat.

            Generasi muda merupakan tunggak kepada negara. Guru memikul tanggungjawab dan amanah untuk mendidik generasi muda supaya menjadi pewaris negara yang berketrampilan. Sebagai kesimpulan, guru harus mendidik anak murid dengan adil dan sakama tanpa mengira kuam, bangsa serta tidak mengira penempatan. Maka setiap guru perlulah menerima penempatan berkhidmat di kawasan pedalaman dengan hati terbuka.



1 comment: